![]() |
Pengajian Ibu-Ibu Masjid Jami Al-Ijtihad |
Dakwahpos.com, Bandung – Pengajian ibu-ibu yang dilakukan selepas waktu Asar pada setiap hari Jumat sudah memakmurkan masjid Jami Al-Ijtihad ini selama 38 tahun. Pengajian ibu-ibu ini di bimbing oleh Enah Suhaenah (74).
Kebiasaannya seramai 50 orang yang akan menghadiri pengajian tersebut. Pengajian ibu-ibu ini diisi dengan Ilmu Fikih, Hadits, membaca ayat Al-Quran, berdoa, tawasul dan selawat.
Pengajian ini juga selalunya dibimbing oleh masyarakat sukarela yang ada di sekitarnya. Mereka juga telah menyediakan jadual dan mengikuti giliran masing-masing yang sudah ditetapkan.
"Pengajian ibu-ibu ini dilakukan untuk menambahkan ilmu pengetahuan, mencari ridha Allah SWT, memakmurkan masjid serta untuk mengeratkan tali silaturrahim antara jemaah." Ujar Eneh Suhaenah (74), Jumaat (4/11/2016).
Reporter : Nursyaheramirzan Binti Muda, KPI/3C
Tidak ada komentar
Posting Komentar