Eneh Suhaenah: Lanjut Usia Bukan Penghalang Ikut Pengajian

Pengajian di masjid Jami Al-Ijtihad

Dakwahpos.com, Bandung – Meskipun Eneh Suhaeneh sudah berusia lanjut (74 tahun), ia tetap mengikuti pengajian ibu-ibu yang diadakan di masjid Jami Al-Ijtihad pada setiap hari Jum'at selepas solat Ashar. Baginya umur itu tidak menjadi penghalang dirinya untuk aktif mengikuti pengajian.

Beliau pembimbing dalam pengajian ibu-ibu tersebut. Menurut beliau, walaupun usia sudah lanjut ia tidak mematahkan semangatnya untuk mengikuti pengajian tersebut malahan memberi semangat untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan.

"Alhamdulillah, dalam usia sebegini ibu masih bisa mengikuti pengajian yang berada di masjid Jami Al-Ijtihad itu. Walaupun rumah ibu jauh, tapi masih kuat untuk berjalan kaki sahaja ke masjid. Bagi ibu, dengan usia seperti ini banyak berjalan kaki itu membuatkan ibu bertambah sehat." Ujar Eneh Suhaeneh (74), Jumat (4/11/2016).

Eneh Suhaenah berharap segala amalan baiknya diterima disisi Allah SWT. Beliau juga mengharapkan agar warga yang tinggal di sekitar kawasan masjid lebih rajin untuk menghadirkan diri ke pengajian ini tanpa mengira usia.

Reporter : Nursyaheramirzan Binti Muda, KPI/3C

Tidak ada komentar

Posting Komentar

Beri komentar secara sopan

© Vokaloka 2023